Biduanita Negara, Siti Nurhaliza mendedahkan beliau dan suami, Datuk K tidak begitu menggalakkan anak-anak mereka, Aafiyah dan Afwa untuk menceburi dunia nyanyian.
Dalam temu bual, Siti berkata walaupun tidak dapat menafikan kemungkinan darah seni mengalir dalam diri anak-anak, namun mereka tidak meletakkan harapan supaya anak-anak memilih kerjaya sebagai penyanyi.
Teruskan Membaca“Tak berapa galakkan. Tapi tak boleh nafikan darah seni itu memang ada. Ayah dia pun lagi tak galakkan,” katanya.
Bagaimanapun, Siti menjelaskan mereka tidak pernah menghalang jika anak-anak menunjukkan minat terhadap muzik, termasuk belajar bermain alat muzik atau menyanyi sebagai hobi.
Menurut Siti, Aafiyah kini sedang belajar piano dan jika mahu menyanyi, dia tetap akan memberi ruang. Namun, katanya, Aafiyah bukan jenis yang gemar menyanyi berbanding adiknya, Afwa.
Malah, Siti turut berkongsi rasa terkejut dengan bakat semula jadi Afwa yang dikatakan sering mencipta melodi sendiri secara spontan.
“Kadang-kadang nak mandi pun dia boleh buat lagu sendiri,” kongsi Siti.
















