Baru-baru ini, sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki memukul dan mengheret isterinya di tepi jalan menjadi tular di media sosial. Kejadian dipercayai berlaku Isnin lalu apabila si isteri pergi ke gerai untuk tanya tentang hubungan suaminya dengan seorang wanita lain.
Teruskan MembacaDalam video itu, lelaki terbabit dilihat hilang kawalan dan menarik kolar baju isterinya sambil menjerit pada orang sekeliling. Keadaan bertambah tegang bila seorang pemuda cuba meleraikan pergaduhan tetapi turut diserang.
Yang menarik perhatian netizen adalah penjelasan wanita yang disebut dalam video sebagai “B”. Dia menjelaskan:
“Memang aku panggil dia ‘B’. Tahu tak ‘B’ tu apa? Brother lah! Dia bukan suami saya, saya bukan isteri dia. Kalau betul aku tak bersalah, aku boleh saman korang.”
Walau bagaimanapun, ramai warganet tetap mengecam alasan tersebut dan mengutuk tindakan lelaki yang dianggap ‘dayus’. Insiden ini terus menjadi bualan ramai, dengan orang ramai menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.
Netizen juga tidak lokek memberi komen, ramai yang kecewa dengan pergaduhan terbuka itu dan berharap kes seperti ini tidak berulang.
















