Isu yang tengah hangat di media sosial minggu ni melibatkan Puteri Balqis, Janna Nick, dan pengarah terkenal Michael Ang. Nama Puteri Balqis tiba-tiba jadi bualan ramai selepas dikaitkan dengan Michael Ang dalam kontroversi yang sedang tular.
Teruskan MembacaDalam satu posting terbaru, Puteri Balqis beri penjelasan bahawa hubungannya dengan Michael Ang baik-baik saja. Dia juga minta maaf sekiranya nama Michael terkena tempias walaupun mereka tidak terlibat secara langsung dalam isu tersebut.
“Kalau ada apa-apa yang dikaitkan tanpa kami tahu dan Michael terkena tempias… saya dan ibu mohon maaf. Dari pihak kami, tiada apa-apa masalah dengan beliau.” – Puteri Balqis
Selain itu, Balqis kongsi pengalaman positif bekerjasama dengan Michael, termasuk bantuan yang pernah diberikan semasa dia menghadapi masalah kesihatan. Michael pula menegaskan tiada sebab untuk marah atau bergaduh, dan apa-apa isu lama seperti hutang yang dikaitkan dengan keluarga Balqis sudah dihalalkan.
Langkah Balqis buat kenyataan ini nampak macam nak clear-kan keadaan dan elak salah faham lebih besar, terutama dengan kontroversi yang melibatkan Janna Nick sebelum ini.
Netizen kini ramai yang lega isu Michael diselesaikan dengan baik, sambil menunggu perkembangan seterusnya tentang hubungan Balqis dan Janna Nick.
















