Nama Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek sekali lagi jadi sebutan netizen apabila beliau menghadiahkan diri sendiri sebuah kereta baharu, Proton e.MAS 7, yang dikatakan sebagai simbol fasa baharu dalam hidupnya.
Teruskan MembacaMomen manis itu dikongsi oleh ibu Dr Afifah sendiri, Dr Zailah Zainudin, menerusi hantaran di Threads yang sarat dengan mesej positif dan penuh makna. Dalam perkongsian itu, beliau seolah-olah memberi semangat kepada anaknya untuk terus melangkah ke hadapan dan menikmati kehidupan tanpa menoleh ke belakang.
“Nikmati permainan baharu awak. Sangat layak. Jom jalan!” tulis Dr Zailah, ayat ringkas tapi cukup buat ramai tersentuh.
Dr Afifah dilihat memilih Proton e.MAS 7 berwarna Quartz Rose, sebuah kereta elektrik (EV) keluaran tempatan yang kini semakin mendapat perhatian, bukan saja kerana reka bentuk moden, tetapi juga simbol gaya hidup baharu yang lebih progresif.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji langkah Dr Afifah yang dilihat semakin kuat, berdikari dan positif selepas melalui pelbagai fasa mencabar dalam hidup. Ramai menyifatkan pembelian kereta itu bukan soal kemewahan, tetapi tanda self-love dan ganjaran buat diri sendiri selepas bertahan dalam tempoh sukar.
“Ini baru betul hadiahkan diri sendiri,” komen seorang netizen.
“Tak perlu explain apa-apa, bahagia dengan cara sendiri,” tulis seorang lagi.
Ada juga yang memuji peranan ibunya yang sentiasa memberi sokongan moral dan tidak pernah gagal menjadi ‘cheerleader’ nombor satu buat anaknya.
Bagi ramai pemerhati, apa yang dikongsi ini bukan sekadar cerita beli kereta, tetapi mesej halus tentang bangkit semula, menikmati hidup dan bergerak ke hadapan tanpa dendam.
Pendek kata, Dr Afifah kini nampak makin tenang, makin yakin dan jelas sekali, ready untuk ‘jalan jauh’ dengan versi hidup yang lebih baik.
















