Selepas sekian lama tidak muncul dengan sebarang pengumuman besar, penyanyi legenda negara, Fauziah Latiff tiba-tiba mencuri perhatian peminat apabila bakal mengumumkan konsert solo dalam masa terdekat.
Teruskan MembacaPerkembangan itu dikongsikan oleh penganjur, Ideatelier menerusi satu hantaran di media sosial yang memaklumkan pengumuman rasmi mengenai konsert berkenaan akan dibuat di Dewan Plenary, Kuala Lumpur pada 21 Januari ini.
Walaupun butiran lanjut masih disimpan rapi, berita tersebut sudah cukup untuk mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat setia dan juga penggiat industri muzik tempatan.
Ramai melihat konsert ini sebagai antara acara hiburan yang berpotensi menjadi tumpuan tahun ini, memandangkan Fauziah Latiff kekal sebagai figura ikonik yang masih relevan dan diminati merentasi generasi.
Penglibatan Ideatelier sebagai penganjur turut membuatkan peminat meletakkan jangkaan tinggi terhadap konsep serta kualiti persembahan yang bakal ditampilkan.
Segala maklumat lanjut termasuk tarikh, lokasi dan konsep konsert dijangka akan didedahkan secara rasmi pada tarikh pengumuman yang telah ditetapkan.
















