Berita baik buat semua rakyat Malaysia! Sempena bulan Ramadan dan Tahun Baharu Cina, Kerajaan MADANI bakal menyalurkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 untuk semua yang berumur 18 tahun ke atas.
Teruskan MembacaPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bantuan ini bukan sekadar angka, ia untuk ringankan beban rakyat dan bagi persiapan sambut musim perayaan nanti. “SARA tahun ini untuk semua 22 juta rakyat kita dan akan dikreditkan pada 9 Februari 2026,” katanya semasa perjumpaan bulanan di Putrajaya.
Tak cukup dengan itu, program MySARA juga akan diperluas. Kali ini, fokus lebih kepada peniaga kecil, terutamanya yang berada di kampung dan kawasan luar bandar, sebab masih ramai belum daftar dalam sistem sedia ada.
Selain SARA, kerajaan juga akan mula salurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 sehingga RM500 mulai 20 Januari 2026. Ini semua sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk bantu rakyat hadapi kos sara hidup yang makin mencabar.
Kalau korang antara yang layak, boleh mula check akaun masing-masing hujung bulan depan!















