Peminat penyanyi Noh Salleh menarik nafas lega setelah selamat menjalani pembedahan tulang belakang di Pusat Perubatan Pakar UKM, meskipun prosedur tersebut sangat berisiko kerana melibatkan kawasan dekat dengan pita suaranya, organ penting yang jadi sumber rezekinya sebagai penyanyi.
Teruskan MembacaDalam perkongsian di Instagram, Noh akui dia memang risau kerana pembedahan boleh menjejaskan kerjaya muziknya. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
“Yang buat saya risau adalah lokasi pembedahan betul-betul dekat belakang vocal cords, risiko besar pada organ yang jadi punca rezeki saya, tapi Allah jaga. Alhamdulillah,” katanya.
Sebelum ini, Noh mengalami masalah saraf terhimpit di bahagian C6 dan C7, menyebabkan tangan kebas dan sakit belakang kronik. Masalah ini bukan saja ganggu aktiviti harian, malah menyukarkan dia mengangkat anaknya.
Walaupun lega dengan hasil pembedahan, Noh akui masih berasa nervous, terutama kerana jadual persembahan menanti. Dia turut memohon doa daripada semua agar proses pemulihan berjalan lancar dan dapat kembali aktif sepenuhnya.
Dalam hantaran sama, Noh tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada keluarga, isteri, serta rakan-rakan termasuk anggota kumpulan Hujan yang memberi sokongan moral sepanjang di hospital. Ramai peminat dan selebriti turut meninggalkan doa agar Noh berehat secukupnya sebelum kembali ke pentas.
















