SEJARAH berulang kembali, buat penyanyi jelita, Nabila Razali yang dahulu pernah dikecam kerana menyanyikan lagu seakan-akan sumbang, beberapa tahun yang lalu.
Penyanyi wanita ini, kembali menjadi cemuhan ramai setelah dia sedang membuat persembahan di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-39 pada Khamis lalu.
Teruskan MembacaMungkin perkara ini disebabkan dia sudah disahkan berbadan dua?
Walaupun menjadi persoalan, warganet dalam media sosial tetap tidak henti memberi cemuhan kepada Nabila Razali.
“Tak sekarang ini, aku yang menangis dengan dia nyanyi. Kenapa Nabila Razali, mungkin pembawakan budak,” komen AnepHaniff di aplikasi X.
“Selama ini sedap ke dia nyanyi? memang tak boleh menyanyi pun dia ni,” balas Suhel.
“Walaupun harga mic itu bersamaan sebiji kereta perodua, tetaplah macam guna mic kenduri kahwin,” komen saudagarkeju.
Sebagai nasihat, janganlah memburuk sangka kepada si dia, mungkin kejadian itu berlaku di atas beberapa sebab tertentu. Marilah sama-sama kita doakan yang terbaik Nabila Razali. – KL Viral
Baca juga: