Berita baik buat golongan bujang! Bermula hari ini, seramai 3.1 juta rakyat Malaysia dalam kategori bujang sudah mula menerima bantuan bulanan menerusi program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026.
Teruskan MembacaBantuan ini khas untuk individu berumur 21 hingga 59 tahun yang berpendapatan RM2,500 ke bawah dan telah lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026. Sekurang-kurangnya, ada juga ‘duit masuk’ setiap bulan untuk tampung keperluan harian.
Di bawah program ini, penerima bujang akan menerima RM50 sebulan. Namun, bagi mereka yang tersenarai dalam sistem eKasih, bantuan yang diterima adalah RM100 sebulan. Kalau dikira setahun, jumlahnya boleh mencecah RM600 hingga RM1,200 boleh bantu bayar barang dapur, bil atau top-up keperluan asas.

Inisiatif ini selari dengan semangat Malaysia MADANI yang menekankan kebajikan rakyat dan memastikan tiada siapa tercicir, termasuk golongan bujang yang sering terlepas pandang walaupun turut terkesan dengan kos sara hidup yang makin mencanak naik.
Bagi yang nak tahu sama ada nama tersenarai atau tidak, semakan boleh dibuat menerusi portal rasmi di bantuantunai.hasil.gov.my. Untuk penerima yang tiada akaun bank pula, penunaian bantuan boleh dibuat di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terpilih.
















