Bila anak makin membesar, pelakon dan pengacara Scha Alyahya memang tak ambil mudah soal batas pergaulan anak-anaknya. Bagi Scha, pendidikan awal tentang apa yang boleh dan tak boleh sangat penting supaya anak faham jaga diri dari awal.
Teruskan MembacaDalam satu temu bual baru-baru ini, Scha kongsi bahawa dia dan suami, Awal Ashaari, cukup tegas dalam hal interaksi sosial dan penggunaan teknologi. “Soal batas pergaulan ni penting… kita kena ajar dari awal supaya bila besar nanti, mereka tahu jaga diri dan tak terlalu bebas,” jelasnya.
Bukan setakat pergaulan, gadget di rumah pun ada peraturan. Telefon, iPad dan akses media sosial hanya dibenarkan pada hujung minggu, dan tiada aplikasi sosial seperti Instagram atau Snapchat tanpa pantauan ibu bapa. Scha juga pantau aktiviti anak-anak ketika bermain game atau berchat dengan orang luar, dan akan beri nasihat atau had akses bila perlu.
Scha faham ada ibu bapa yang mungkin anggap dia overprotective, tapi baginya itu naluri seorang ibu yang mahu anak-anak membesar dengan pegangan yang betul. Dengan dua anak perempuan, Lara Alana (12) dan Lyla Amina (5), Scha dan Awal memang komited pastikan anak-anak selamat dan bijak mengurus diri dalam dunia digital.
Walaupun tegas, Scha tetap santai dan faham perkembangan anak zaman sekarang perlukan kombinasi kasih sayang, peraturan dan pemantauan. Pendek kata, mereka bukan saja dididik untuk bijak, tapi juga tahu jaga diri sendiri sejak kecil.
















