Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kini sedang menjalani rawatan fisioterapi di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami patah tulang pinggul kanan akibat terjatuh di rumahnya pada 6 Januari lalu.
Teruskan MembacaMenurut wakil Pejabat Dr Mahathir, Sufi Yusoff, selepas rundingan bersama pakar dari IJN, HUKM dan HKL, mereka bersetuju bahawa fisioterapi tanpa pembedahan adalah pilihan terbaik untuk pemulihan Dr Mahathir, memandangkan faktor usia beliau. Proses pemulihan dijangka mengambil masa yang agak lama.
“Tun Dr Mahathir dan keluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang prihatin dan mendoakan kesihatan beliau,” kata Sufi dalam kenyataan ringkas di Instagram Dr Mahathir.
Buat masa ini, hanya keluarga terdekat dibenarkan melawat Dr Mahathir bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Dr Mahathir disahkan mengalami patah tulang pinggul kanan selepas menjalani pemeriksaan perubatan susulan insiden terjatuh di kediamannya.
















