Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah menghalang mana-mana pemimpin asing daripada bertemu dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau berkata tiada permintaan sedemikian diterima dan sekiranya ada, kerajaan sedia mengatur pertemuan tersebut.
Teruskan Membaca“Jangan dilayan sangat, sebab pertamanya, pemimpin luar mana nak jumpa dia? Kalau nak jumpa pun apa masalahnya? Tak ada,” kata Anwar dalam sidang media selepas lawatan rasmi ke Bahrain.
Sebelum ini, Dr. Mahathir mendakwa bahawa Anwar menghalang beberapa pemimpin negara asing daripada bertemu dengannya.
Mahathir membuat dakwaan tersebut dalam program temu bual podcast ‘Apa Cerita’ pada Rabu lepas.
“Ada pemimpin negara asing dari dua tiga buah negara minta nak jumpa saya, oh (Anwar kata) tak boleh jumpa.
“Pemimpin itu kawan saya, kenal dengan saya. Mereka datang ke Malaysia nak jumpalah dengan saya, (namun Anwar cakap) oh tak boleh. Jadi beliau yang potong semua hubungan,” katanya.