DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengadakan Program Transformasi dani Pembangunan Diri kepada belia jalanan Chow Kit selama tiga hari dua malam di sekitar kawasan di Jerantut, Pahang pada Khamis.
Menerusi akaun Facebook rasmi DBKL, objektif program tersebut diadakan adalah untuk memberi pendedahan dalam membentuk semula jati diri dan membuka minda belia untuk menceburi bidang perniagaan dan kesusahawanan.
Teruskan Membaca“Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti lawatan ke salah satu hab agropelancongan di Ladang Anggur Kg. Temin dan Projek Ikan Sangkar Patin dan Talapia di Jerantut, Pahang.
“Peserta juga di bawa melawat ke Aza Gallery untuk didedahkan dengan aktiviti seni lukis genre kartun melalui tunjuk ajar khas dari pengasas galeri tersebut iaitu En. Abdul Razak bin Sofhi yang lebih dikenali sebagai nama pena Aza (kartunis selebriti),” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, sesi penutup program itu telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar iaitu Zulkifli Muhammad dengan menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta yang terlibat.
Justeru itu, program berkenaan atas kerjasama DBKL melalui Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar.
Baca juga: