Terkini

SPRM anjur seminar anti rasuah hasil kerjasama DBKL

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengadakan Seminar Anti Rasuah Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang pada Rabu di Dewan Mestika, Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB).

Fokus utama seminar itu adalah untuk menanam serta memupuk nilai integriti, membenci rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa di kalangan pegawai dan anggota penguatkuasa di dalam bidang penguatkuasaan.

Ia juga bertujuan untuk mempraktikkan budaya kerja yang positif dan berintegriti selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

Seminar yang julung kali diadakan ini adalah manifestasi kepada kerjasama strategik antara kedua-kedua agensi DBKL dan SPRM di dalam mewujudkan organisasi sifar terhadap rasuah.

Seminar tersebut turut menghimpun sebanyak 11 agensi penguatkuasaan undang-undang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berserta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Seminar itu juga telah membariskan tiga orang pembentang dari SPRM dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Pembentang yang dibariskan termasuk pembentang dari SPRM, KPKPj Mohamad Tarmize Abdul Manaf; wakil dari JAWI, Mohd Shafie Hidayatullah Al-Azhari dan seorang pembentang yang berkongsi pengalaman dari tirai besi.

Seminar tersebut disempurnakan oleh Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) DBKL, Mohamad Hamim; Pengarah Jabatan Integriti, Kamarulzaman Ahmad dan Pengetua Institut Latihan DBKL, Khairul Azmir Ahmad. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top