PROGRAM Nur Ramadan 2024 diteruskan di Parlimen Kepong pada Khamis setelah diadakan di Parlimen Segambut, Batu dan Seputeh beberapa hari lalu.
Program yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini meraikan golongan asnaf yang hadir menerima sumbangan khas dari DBKL.
Teruskan MembacaSumbangan tersebut disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL, Datuk Zulkurnain Hassan.
Turut hadir dalam majlis tersebut, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng.
Pihak DBKL turut menyatakan Program Nur Ramadan 2024 ini akan diteruskan di Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang lain. — KL Viral
Baca juga: