SINGAPURA bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia dalam menyokong penuh Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025.
Kementerian Luar (MFA) Singapura berkata, perkara itu disampaikan oleh Menteri Luar, Dr Vivian Balakrishnan kepada rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan yang berada di republik berkenaan untuk lawatan rasmi dua hari sejak Isnin.
Teruskan Membaca“Mereka turut membincangkan cara untuk mengukuhkan Kepusatan Asean dan memastikan bahawa Asia Tenggara kekal sebagai titik terang di peringkat global,” menurut MFA dalam kenyataan pada Selasa.
Semasa perbincangan itu, kedua-dua menteri menekankan kepentingan untuk meneruskan kerjasama erat demi manfaat bersama bagi rakyat Singapura dan Malaysia.
Diasaskan pada 8 Ogos 1967, ASEAN dianggotai oleh Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Perkara tersebut merupakan lawatan rasmi pertama Mohamad ke republik itu sebagai Menteri Luar.
Terdahulu pada hari yang sama, Mohamad turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Tharman Shanmugaratnam, Perdana Menteri Lawrence Wong dan Menteri Kanan Lee Hsien Loong.
Ketiga-tiga pemimpin Singapura itu mengesahkan kerjasama kukuh dan hubungan bersejarah antara rakyat Singapura dan Malaysia.
Kedua-dua pihak juga mengulangi komitmen kuat mereka untuk meneruskan pertukaran peringkat tinggi dan bekerjasama secara dua hala dan juga dalam ASEAN di tengah-tengah persekitaran geopolitik yang lebih tidak menentu.
Baca juga: