Okay geng, tinggal 1 hari sahaja lagi sebelum penjualan tiket konsert yang ramai tunggu-tunggu ni dibuka! Jadi soalan paling penting sekarang, BalaDewa dan Sobat Padi dah bersedia ke belum?
Set reminder siap-siap! Tiket mula dijual pada Jumaat, 27 Februari 2026 jam 11:00 pagi okay!
https://www.ticket2u.com.my/Dewa19
Kali ini memang lain macam sikit. Penganjur, Icon Entertainment bukan sekadar bawa Dewa 19 je ke Malaysia, tapi buat pertama kalinya akan satukan mereka sepanggung dengan Padi Reborn sebagai band jemputan khas. Confirm malam penuh nostalgia dan emosi!
Konsert yang diberi nama “CintaKu TerTinggal Di Malaysia” ini bakal berlangsung pada:
6 Jun 2026 (Sabtu), di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur jam 8:00 malam.
Lebih padu, Dewa 19 akan tampil bersama barisan legenda mereka iaitu Ari Lasso, Virzha, Marcello Tahitoe dan Tyo Nugros. Line-up macam ni memang jarang-jarang dapat tengok live!
Harga tiket pula bermula dari RM236 hingga RM488:
RM236 – Atas Nama Cinta
RM288 – Bala Sobat (Standing)
RM388 – Pengeran Cinta
RM428 – Laskar Cinta
RM488 – Sedang Ingin Bercinta (Siap dapat T-shirt eksklusif konsert)
Jadi BalaDewa dan Sobat Padi, jangan tunggu lama-lama nanti tiket ‘Larut’ dulu sebelum korang sempat checkout. Masa untuk jadi ‘Dewi’ dan ‘Mahadewi’ pada malam penuh cinta ni!
6 Jun nanti, kita nyanyi sama-sama!
C I N T A K U T E R T I N G G A L D I M A L A Y S I A
#dewa19 #cintakutertinggaldimalaysia #padireborn#dewa19xpadireborn
















