Nama Siti Nurhaliza sekali lagi jadi sebutan netizen, kali ini bukan sebab lagu baru atau konsert mega, tapi gara-gara sekeping gambar ketika beliau sedang menunaikan solat.
Teruskan MembacaIsunya timbul bila ada pihak mempersoalkan tindakan penyanyi nombor satu negara itu yang dilihat solat tanpa memakai telekung. Gambar tersebut kemudian tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi, ada yang mempertahankan, tak kurang juga yang mempertikaikan.

Namun seperti biasa, Siti atau mesra disapa Tokti tak cepat melatah. Beliau tampil memberi respon ringkas tapi cukup ‘deep’ bila membalas komen netizen dengan ayat, “Tak apa… agak-agak dapat pahala tak kalau reda?”

Jawapan itu terus mendapat perhatian ramai. Ada yang memuji cara beliau menangani isu dengan tenang, malah ramai berpendapat tak semua perkara perlu dijawab dengan emosi.
Dalam masa sama, ada juga pihak yang tampil menjelaskan bahawa pemakaian telekung sebenarnya bukan syarat wajib untuk sah solat. Apa yang penting adalah menutup aurat dengan sempurna dan memenuhi rukun solat. Telekung lebih kepada kebiasaan atau budaya masyarakat di Malaysia.
Ramai netizen turut mempersoalkan tindakan individu yang merakam gambar ketika Siti sedang beribadah. Bagi mereka, momen solat adalah sesuatu yang peribadi dan wajar dihormati.
Apa pun, isu ini sekali lagi membuktikan, bila bergelar figura awam seperti Siti Nurhaliza, apa saja yang dilakukan pasti jadi perhatian. Tapi cara Tokti jawab, ringkas, tenang dan penuh makna, memang buat ramai tabik hormat.
Kadang-kadang, diam dan reda itu lebih kuat daripada seribu penjelasan.
















