PENGASAS produk kecantikan, Datuk Seri Alha Alfa memperkenalkan rangkaian produk minyak wangi baharu keluaran Alha Alfa Kosmetik (AAC), hasil kolaborasi bersama Datin Seri Umie Aida.
Figura bidang kecantikan itu juga berbangga dapat menghasilkan produk eksklusif bersama bintang drama Melayu itu menerusi Perfume AA X Umie Aida dan juga rangkaian Perfume AA sendiri.
Teruskan MembacaKatanya, Umie Aida terus tanpa berfikir panjang dan terus bersetuju dengan tawaran Alha dalam menjayakan projek tersebut. Beliau juga turut berkongsi tentang konsep yang dibawa.
“Pada mulanya, permintaan Datin untuk membawa konsep orang kaya di Dubai yang mempunyai haiwan buas seperti harimau dan singa.
“Pertemuan saya dan Datin memang disusun cantik oleh Allah SWT, maka kami mendapat kebenaran untuk melakukan pengambaran di kediaman seorang jutawan bersama harimau dan singa peliharaan mereka,” katanya ketika ditemui KL Viral pada majlis pelancangan wangian jenama tersebut.
Tambah Alha, kos pengeluaran bagi projek tersebut mencecah ratusan ribu ringgit Malaysia, tetapi tetap dirasakan berbaloi dengan hasil usaha mereka bersama.
Sementara itu, pelakon filem Dukun, Umie turut berkongsi pengalaman ‘seram’ saat berada di set pengambaran bersama harimau.
Perkara itu apabila pakaian yang dipakai olehnya telah menarik perhatian haiwan buas tersebut.
“Bayangkan masa itu, pakaian saya penuh dengan aksesori yang menarik perhatian harimau itu sehingga setiap kali saya bergerak, mata harimau itu pandang je pada saya,” katanya seraya ketawa.
Untuk info, variasi pilihan produk baharu kolaborasi Alha Alfa X Umie Aida boleh didapati di www.alhaalfa.com atau melalui Instagram @alhaalfa. — KL VIRAL
Baca juga: