Khabar gembira untuk peminat pelakon cantik Izara Aishah! Pelakon kesayangan ramai ini baru sahaja mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak ketiga.
Teruskan MembacaBerita itu terdedah apabila sebuah jenama fesyen terkenal berkongsi gambar Izara sebagai model untuk koleksi raya mereka. Apa yang buat ramai teruja, baby bump Izara jelas kelihatan dalam foto tersebut. Dalam kapsyen, jenama itu menulis bahawa kolaborasi tahun ini jadi lebih istimewa sebab Izara sedang hamil, dan pastinya netizen tak lepaskan peluang untuk menghantar ucapan tahniah serta doa baik buat pelakon berusia 34 tahun ini.
Sweet moment lagi, Izara sendiri sempat meninggalkan komen ringkas “7 months” apabila ada yang bertanya tentang usia kandungannya. Ramai yang terus tak sabar nak tunggu kehadiran si kecil tu nanti!
Izara dan suaminya, Adib Khalid, berkahwin pada 17 November 2017, dan sebelum ini mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia dan Amara Amina. Dengan kehamilan ketiga ini, pasti keluarga kecil mereka akan tambah meriah.
Tahniah Izara! Semoga urusan kehamilan dipermudahkan dan keluarga bahagia dengan kehadiran ahli baru tak lama lagi.
















