Penyampai radio dan pelakon, Sharifah Aleya, 44, sah bercerai dengan suaminya, Mohammed Azam Abdullah atau mesra dikenali sebagai Miko, selepas tempoh idah mereka tamat.
Teruskan MembacaAleya berkongsi berita ini di Instagram melalui satu video kompilasi kenangan yang dirakam sejak November 2025. Dia menjelaskan perkongsian itu dibuat hari ini kerana menandakan berakhirnya tempoh idah.
“Saya kini sah bercerai. Alhamdulillah,” tulis Aleya sambil menekankan bahawa dia dan anak-anak dalam keadaan baik dan saling menyokong antara satu sama lain.
Aleya turut mengingatkan bahawa hantaran itu dibuat untuk mengelakkan sebarang fitnah pada masa depan dan meminta netizen untuk mendoakan dirinya serta anak-anaknya.
Untuk rekod, Aleya dan Miko berkahwin pada Januari 2013 dan dikurniakan dua anak, Ali, 11, dan Ahyan, 9. Sebelum ini, Aleya juga pernah berkahwin dengan Muhd Ashraf Aasimuddin dan dikurniakan anak kembar, Aza dan Asha, yang kini berumur 17 tahun.
Walaupun melalui fasa sukar, Aleya menegaskan bahawa anak-anak adalah tulang belakang utama dalam hidupnya, dan dia akan terus melangkah ke hadapan dengan semangat positif.
















