Berita manis buat peminat industri hiburan tempatan apabila pelakon jelita Eyka Farhana akhirnya berkongsi khabar gembira sedang hamil anak pertama bersama suami tercinta, pemain bola sepak kebangsaan Akhyar Rashid.
Teruskan MembacaPerkongsian tersebut dibuat Eyka menerusi satu posting istimewa di Instagram yang memaparkan momen romantik pasangan ini di tepi pantai. Lebih mencuri perhatian, Eyka tampil anggun dalam busana putih sambil memperlihatkan baby bump yang jelas kelihatan, membuatkan ramai terus membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa.
“Daripada dua hati menjadi tiga. Masya-Allah Tabarakallah, anugerah terbesar kami sedang dalam perjalanan,” tulis Eyka ringkas tetapi cukup menyentuh perasaan.
Dalam perkongsian sama, Eyka turut memuat naik gambar imbasan bayi mereka, sekali gus mengesahkan spekulasi peminat yang sebelum ini sudah mula meneka perubahan fizikalnya kebelakangan ini.
Untuk rekod, Eyka dan Akhyar sah bergelar suami isteri pada 2 Mei 2024 selepas menjalin hubungan selama beberapa tahun. Kini, selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, pasangan ini bersedia melangkah ke fasa baharu sebagai ibu dan bapa.
Rata-rata peminat dan rakan selebriti turut meluahkan rasa teruja serta mendoakan agar kehamilan Eyka dipermudahkan dan bayi yang bakal lahir nanti berada dalam keadaan sihat.
Memang berita yang buat ramai tersenyum, tahniah Eyka dan Akhyar, semoga semuanya berjalan lancar hingga ke hari kelahiran nanti.
















