Pelakon Aedy Ashraf terus membuktikan dia bukan sekadar selesa di depan kamera, malah kini mula berani teroka cabang baru dalam industri hiburan.
Selepas lebih dua dekad bergelar anak seni, Aedy kini mencabar diri dengan memikul tanggungjawab sebagai penerbit untuk filem aksi TARUNG: Unforgiven. Langkah ini bukan saja membuka ruang baru dalam kariernya, tetapi juga jadi platform untuk dia kembangkan lagi bakat di belakang tabir.
Teruskan MembacaMenurut Aedy, sebelum ini dia hanya fokus pada lakonan dan pernah terlibat secara kecil-kecilan dalam penerbitan iklan. Namun kali ini, dia mahu melangkah lebih jauh dengan menghasilkan karya sendiri, selain berharap dapat beri peluang dan inspirasi kepada bakat lain dalam industri.
Menariknya, Aedy turut berkongsi dia pernah menyimpan impian untuk bergelar pengarah. Tapi bila mula terjun ke dunia penerbitan, dia sedar peranan tersebut datang dengan tanggungjawab yang jauh lebih besar, dari peringkat awal perancangan sehinggalah ke hasil akhir.
Dalam masa sama, Aedy menafikan spekulasi yang mengatakan dia mahu bersara daripada dunia lakonan. Jelasnya, perkara itu langsung tidak terlintas di fikirannya.
“Berlakon tetap cinta pertama saya, memang mustahil untuk saya tinggalkan,” katanya.
Tambahnya lagi, walaupun kini sibuk di belakang tabir, dia masih mahu terus berlakon dan tidak menolak kemungkinan untuk tampil dalam projek yang diterbitkannya sendiri.
Untuk rekod, filem TARUNG: Unforgiven dijangka menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei 2026.
Nampaknya, Aedy bukan saja kekal relevan sebagai pelakon, tapi kini makin agresif mengukuhkan nama sebagai penerbit pula.
















