Pelakon Diana Danielle kini dilihat semakin terbuka berkongsi mengenai kehidupan peribadinya apabila mengakui sedang mengenali seorang lelaki baharu yang merupakan seorang ahli perniagaan dan masih bujang.
Menurut Diana, hubungan mereka masih lagi di peringkat awal dan mereka hanya mengambil masa untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik.
Teruskan MembacaApa yang menarik, pelakon berusia 35 tahun itu turut berkongsi bahawa dia sebenarnya tidak tertarik dengan lelaki yang terlalu muda. Sebaliknya, Diana mengakui lebih selesa dengan lelaki yang matang.
“Taste saya bukan yang muda-muda,” katanya secara berseloroh ketika ditanya mengenai lelaki yang sedang dikenalinya itu.
Dalam masa sama, Diana juga memilih untuk lebih berhati-hati dalam menjalinkan hubungan selepas melalui episod perpisahan sebelum ini. Sebagai ibu kepada dua orang anak, dia perlu memikirkan banyak perkara sebelum membawa seseorang masuk ke dalam kehidupannya.
Tambahnya lagi, buat masa ini dia juga memilih untuk tidak terlalu mendedahkan hubungan tersebut kepada umum kerana masih terlalu awal untuk bercakap mengenai perkara yang lebih serius.
Apa yang penting, Diana mahu menjalani fasa kehidupannya sekarang dengan lebih tenang sambil memberi ruang untuk dirinya sendiri selepas melalui pelbagai ujian sebelum ini.
Terdahulu, Diana pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Farid Kamil pada tahun 2012 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Namun hubungan mereka berakhir selepas melalui pelbagai konflik dalam perkahwinan tersebut.
















