Susulan situasi tegang di Timur Tengah, Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) Jeddah mengambil langkah proaktif dengan membuka sebuah Bilik Operasi khas bagi memantau keadaan rakyat Malaysia di sana.
Teruskan MembacaMenurut kenyataan rasmi, bilik operasi itu mula berfungsi seawal jam 9 pagi hari ini dan akan beroperasi 24 jam sehari. Ia diwujudkan khusus untuk memantau perkembangan semasa, terutama melibatkan rakyat Malaysia di Wilayah Barat Arab Saudi yang terkesan akibat pembatalan penerbangan dan gangguan perjalanan.
Dalam keadaan yang tidak menentu ini, pihak konsulat mahu memastikan kebajikan serta keselamatan rakyat Malaysia terus diberi perhatian, selain membantu mereka yang mungkin berdepan kesukaran untuk pulang atau bergerak seperti biasa.
Bagi yang memerlukan bantuan konsular, boleh terus hubungi talian +966 126 727 740 atau +966 573 099 589. Sebarang pertanyaan juga boleh dihantar ke emel rasmi di [email protected].
Pada masa sama, rakyat Malaysia di Arab Saudi dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan perkembangan terkini, ikut arahan pihak berkuasa tempatan dan kekal tenang sepanjang tempoh ini.















