Penyanyi Syasya Rizal kini rasa teruja bila buat pertama kali menulis lagu sendiri untuk Aidilfitri, lagu bertajuk “Inikan Hari Raya”. Menurut Syasya, lagu ini datang terus dari hatinya, bukan sekadar untuk hiburan, tapi juga sebagai mesej penting buat peminat.
Syasya, atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 25, berkata pengalaman bekerjasama dengan komposer Amirul Azhar dan Amir Firdaus sangat menyeronokkan kerana mereka banyak membimbingnya tentang melodi, emosi dan cerita dalam lagu.
Teruskan Membaca“Lagu ni nak ingatkan kita semua, raya bukan tentang kemewahan. Kadang tengok media sosial, macam semua raya mesti besar, rumah cantik, baju banyak, tapi realitinya, kebahagiaan raya datang daripada menghargai apa yang kita ada dan siapa yang ada di sekeliling kita,” katanya.
Lebih istimewa bagi Syasya, sambutan Aidilfitri kali ini diserikan bersama suami dan anak-anak. Dengan kehadiran dua bayi comel, Obot dan Obit, Syasya mula sedar makna sebenar raya, bukan sekadar untuk diri sendiri, tapi mencipta memori indah untuk keluarga.
Lagu “Inikan Hari Raya” kini boleh didengarkan di semua platform digital. Bagi Syasya, mesej tulus di sebalik lagu ini adalah peringatan lembut bahawa kebahagiaan sebenar datang daripada syukur, bukan kemewahan.
















