SUASANA sedih dan hiba terlihat pada wajah semua yang hadir apabila jenazah Allahyarham Datuk Hail Amir, 77, tiba di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana dan dikebumikan pada pukul 11 pagi Selasa.
Jenazah Hail atau nama sebenar Abdul Hail Amir terlebih dahulu diurus dan disolatkan di Masjid Ukay Perdana pada pukul 10.15 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan sambil diiringi rakan-rakan artis dan peminat.
Teruskan MembacaSekitar 200 orang termasuk rakan artis seangkatan dan ahli keluarga hadir sejak awal pagi tadi bagi memberi penghormatan terakhir buat penyanyi dan pelakon popular era 1970-an ini.
Mereka antaranya Datuk Yusof Haslam, Datuk Freddie Fernandez, Datuk Dj Dave, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk M. Nasir dan Datin Marlia Musa, Uji Rashid, Datin Salwa Abdul Rahman, Mubarak Majid, Abon, Amran Nasruddin, Zed Zaidi dan ramai lagi.
Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah mengesahkan berita pemergian penghibur yang sinomin dengan lagu, Wajah Kesayangan Hamba itu.
Terdahulu, Allahyarham dilaporkan dimasukkan ke HKL pada Sabtu selepas mengalami batuk berterusan.
Memetik laporan Astro Awani, rakan seperjuangan Allayarham, Datuk DJ Dave dikatakan sempat menziarahi sahabat karib beliau ketika berada di hospital pada Ahad.
“Allahyarham masih mengenali saya. Kami berdua berbual tentang perjalanan seni kami dan Allahyarham masih ingat apa yang kami lalui sebagai anak seni,” kata DJ Dave, yang merupakan Presiden Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M).
Mengenang trilogi, Allahyarham dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2022 di Istana Negara di ibu negara pada 2022.
Baca juga: