Pelakon Kamal Adli mengakui dia tidak mempunyai hak untuk bermalam bersama anak perempuannya, Hawra buat masa ini. Namun bagi Kamal, perkara itu tidak menjadi isu besar kerana dia faham situasi yang berlaku antara dia dan bekas isterinya, Uqasha Senrose.
Teruskan MembacaMenurut Kamal, dia percaya mungkin Uqasha mempunyai kebimbangan untuk membenarkan anak mereka bermalam dengannya, memandangkan Hawra masih kecil. Sebagai seorang bapa, dia menghormati keputusan tersebut dan memilih untuk melihatnya dari sudut yang positif.
Walaupun tidak dapat membawa Hawra bermalam, Kamal tetap bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meluangkan masa bersama anaknya. Kebiasaannya dia akan berjumpa Hawra pada waktu siang sebelum menghantarnya pulang semula kepada ibunya pada waktu malam.
Bagi Kamal, saat dapat bertemu dan bermain dengan anaknya sudah cukup membuatkan dia gembira. Malah dia juga menghargai sikap Uqasha yang menurutnya tidak pernah menyusahkan urusan untuk dia bertemu dengan Hawra.
Dalam masa sama, Kamal turut berkongsi Ramadan kali ini terasa sedikit berbeza buat dirinya selepas melalui perpisahan. Katanya, dia kini tinggal bersendirian dan kadang-kadang terlepas sahur kerana tiada lagi yang mengejutkannya seperti sebelum ini.
Malah pelakon itu sempat berseloroh mengatakan dia sudah lama tidak memasak sehingga hampir “lupa rupa dapur” kerana jarang menggunakannya.
Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada November 2021 sebelum disahkan bercerai pada Januari lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Hawra Uqaira yang kini menjadi keutamaan dalam hidup mereka berdua.
















