Okay RAINGERS, moment yang ditunggu-tunggu makin dekat! Lagi 2 hari je sebelum korang semua kena standby untuk “battle” tiket konsert ulang tahun ke-20 HUJAN, HUJAN XX: #HUJAN20TAHUN yang bakal gegarkan Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 27 Jun 2026 (Sabtu).
Bukan konsert biasa-biasa, ini celebration 20 tahun perjalanan HUJAN dalam industri muzik. Confirm penuh vibe nostalgia, lagu-lagu hit yang kita semua membesar dengannya, plus pengalaman live yang memang padu.
Teruskan MembacaHarga tiket pun ada banyak pilihan ikut vibe korang:
- RM158 (Sang Enemy)
- RM188 (123 Go)
- RM208 (Mencari Konklusi)
- RM228 (Lonely Soldier Boy)
- RM248 (ABCDEFGHUJAN)
- RM268 (Check Check Rock Rock)
Yang penting, set alarm siap-siap sebab tiket akan mula dijual Jumaat, 10 April 2026, jam 3 petang dekat Ticket2U. Confirm ramai akan masuk serentak, jadi siapa lambat, faham-faham je lah.
Untuk RAINGERS, ini bukan sekadar beli tiket, ini misi wajib kalau korang membesar dengan lagu HUJAN. Malam tu nanti memang bakal jadi moment penuh kenangan, nyanyi sama-sama, lompat sama-sama.
So, korang dah ready ke nak “war”?
















