Penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat selepas dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Kilometer 14.2 Lebuhraya Maju Expressway (MEX), malam tadi.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika Siti dalam perjalanan pulang selepas selesai membuat persembahan di RedQ AirAsia.
Teruskan MembacaBerita itu dikongsikan sendiri oleh pengurusnya, Rozi Abdul Razak, menerusi Instagram. Menurutnya, kemalangan tersebut melibatkan empat buah kenderaan termasuk kereta yang dinaiki Siti.
Apa yang melegakan, Siti berjaya dikeluarkan dari kenderaan dengan cepat sebelum terus dibawa ke hospital untuk rawatan.
Rozi turut memaklumkan bahawa Siti hanya mengalami lebam dan bengkak pada bahagian kaki, tiada kecederaan serius.
Tak lama selepas itu, Siti sendiri tampil beri update di media sosial. Dalam video yang dikongsi bersama anaknya, Muhammad Afwa, beliau nampak tenang dan okay.
Siap ucap terima kasih kepada semua yang mendoakan. Sweet betul!
Siti juga berharap dapat pulih sepenuhnya dalam masa terdekat dan kembali aktif seperti biasa.
Alhamdulillah, ramai peminat tarik nafas lega.
















