Peminat M. Nasir, ini memang berita yang ditunggu-tunggu!
Legenda muzik tanah air itu bakal ‘raikan’ hari lahirnya dengan cara paling epik, melalui Konsert Cipta 4 yang dijadualkan berlangsung pada 4 Julai ini di Unifi Arena.
Teruskan MembacaLebih padu, konsert kali ini bukan biasa-biasa sebab turut menampilkan penyanyi dan komposer popular Indonesia, Melly Goeslaw. Confirm vibe Nusantara dia lain macam!
Menurut penganjur, Icon Entertainment, konsert ini ibarat “hadiah birthday” daripada M. Nasir sendiri khas untuk peminat yang dah lama support perjalanan seni beliau.
Dengan tema “Batik Injection”, konsert ni dijangka penuh magis dan bakal bawakan lebih 30 lagu, memang puas hati untuk yang rindu karya-karya legend!
Menariknya, peminat pun boleh join ‘celebrate’ sekali dengan bawa hadiah untuk M. Nasir. Pihak penganjur siap sediakan ruang khas di depan pentas untuk kumpul semua hadiah tu.
Tapi ada syarat sikit no makanan, no bunga dan ya, jangan bawa diri sendiri sebagai hadiah.
Untuk yang dah ready nak secure tempat, tiket dijual antara RM238 hingga RM588 dan akan mula dijual pada 24 April ini menerusi Ticket2U.
Pendek kata, kalau korang peminat sejati M. Nasir, ini memang konsert yang tak boleh miss!
















