Pelumba berbasikal trek remaja negara, Sawda Hasbullah, sekali lagi buat rakyat Malaysia bangga apabila meraih pingat emas dalam acara satu kilometer (km) ujian masa kategori remaja wanita di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) semalam.
Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, turut mengucapkan tahniah kepada Sawda dan memuji pencapaian luar biasanya itu. Menurut beliau, bukan sahaja Sawda mengekalkan kemenangannya dari edisi sebelum ini, malah dia berjaya memecahkan rekod Asia miliknya sendiri!
Teruskan MembacaDi Velodrom Tagaytay, Filipina, Sawda mencatat masa 1 minit 09.604 saat, menewaskan rekod lamanya 1:10.818 saatyang dibuat tahun lalu di Nilai. Pingat perak menjadi milik pelumba Korea Selatan, Lee Hyun Ji, manakala gangsa dimenangi wakil India, S Thabitha.
Walaupun sebelum ini Sawda kurang bernasib baik dalam acara keirin dan pecut, dia bangkit dengan cemerlang dalam ujian masa, membuktikan mentaliti juara yang dimilikinya.
Taufiq berharap kejayaan ini menjadi dorongan untuk Sawda terus konsisten, kekal sebagai pelapis utama negara dalam berbasikal trek, dan terus buat Malaysia tersenyum dengan pencapaian antarabangsa yang hebat!
















