CABARAN skuad pasukan Harimau Malaya dalam Piala Asia 2023 dikatakan sudah berakhir selepas tumpas buat kali kedua di peringkat Kumpulan E.
Sebelum ini, Harimau Malaya berputih mata apabila kalah 0-4 menerusi bertembung Jordan yang kemudian sekali lagi mencatat kegagalan apabila tewas di tangan Bahrain, 0-1.
Teruskan MembacaSusulan daripada dua kekalahan itu, rata-rata peminat bola sepak tempatan mempertikaikan keputusan Kim Pan-gon apabila membawa masuk Natxo Insa bagi menggantikan Syamer Kutty Abba.
Dalam aksi perlawanan menentang Bahrain, kemasukan Natxo dilihat tidak memberikan impak besar dalam permainan. Malah, pemain Johor Darul Takzim (JDT) itu lebih kepada menjadi ‘pemerhati’ di tengah padang.
Menurut bekas jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah, permainan skuad kebangsaan secara keseluruhan sangat baik, tetapi peranan Natxo tidak seperti yang diharapkan di atas padang.
“Kita faham, Pan-gon keluarkan Syamer sebab risau dia akan menerima kad kuning kedua. Tetapi, Natxo gagal berikan apa yang kita inginkan.
“Mungkin sebab dia sudah lama tidak bermain, dia ada pengalaman tetapi semalam tidak menjadi. Natxo banyak situasi dia tidak berikan tekanan kepada lawan,” katanya menurut Utusan.
Skuad negara dijadualkan akan menentang Korea Selatan pada Khamis ini.
Dalam masa yang sama, pujian tetap diberikan buat pemain pertahan Harimau Malaya yang mampu mempertahankan benteng meskpun berjaya dibolosi pada saat akhir perlawanan di Stadium Jassim bin Hamad, Qatar ketika menentang Bahrain. — KL VIRAL
Baca juga: