Pelakon cantik, Nelydia Senrose akhirnya berkongsi berita yang memang buat ramai tersenyum, dia kini sedang hamil cahaya mata pertama!
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Nelydia bersempena ulang tahun perkahwinannya, sekali gus menjadikan momen tersebut lebih bermakna dan penuh emosi.
Teruskan MembacaMenerusi perkongsian di media sosial, Nelydia meluahkan rasa syukur yang tak terhingga atas rezeki yang dikurniakan selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.
Apa yang buat netizen lagi tersentuh, kehamilan ini seolah-olah jadi “anniversary gift” paling priceless buat pasangan tersebut.
Rata-rata peminat dan rakan selebriti turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah serta doa agar segala urusan Nelydia dipermudahkan sepanjang tempoh kehamilan.
Ada juga yang kata, berita ini memang ditunggu-tunggu sejak sekian lama, akhirnya doa terjawab.
Tahniah Nelydia dan suami! Semoga Nelydia dan baby sentiasa sihat, dan journey sebagai ibu nanti dipermudahkan.















