Walaupun Jumpa Malique Siap Kena Sign Agreement, Yonnyboii Anggap Rezeki Besar

Jumpa idola sendiri memang jadi impian ramai, dan itulah yang akhirnya jadi kenyataan buat Yonnyboii apabila dia berpeluang bertemu dengan figura rap legenda, Malique.

Momen tersebut berlaku selepas proses rakaman lagu Tanya Tuhan, namun pertemuan itu bukanlah sesuatu yang biasa. Yonnyboii mendedahkan dia perlu mematuhi beberapa syarat ketat sebelum dapat bersemuka dengan Malique, termasuk menandatangani perjanjian. Antara syarat yang dikenakan adalah tidak dibenarkan mengambil gambar, berkongsi lokasi pertemuan atau membawa individu lain bersama.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?