Pelakon Eyka Farhana kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada Sabtu lalu. Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya, Akhyar Rashid yang meluahkan rasa syukur atas kehadiran insan baharu dalam hidup mereka.
Pasangan tersebut dikurniakan seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Luay Khayr. Menerusi perkongsian di media sosial, Akhyar turut menyifatkan anak sulung mereka sebagai anugerah dan cinta terbesar buat keluarga kecil itu.
Teruskan Membaca
Dalam masa sama, Akhyar turut menitipkan penghargaan buat Eyka atas segala pengorbanan dan kekuatan sepanjang proses melahirkan anak pertama mereka.
Untuk rekod, Eyka Farhana dan Akhyar Rashid mendirikan rumah tangga pada Mei 2024 dan berita kelahiran bayi sulung mereka nyata menggembirakan ramai peminat. Tahniah Eyka & suami!







