Memang power! Kumpulan indie rock kegemaran ramai, Hujan sekali lagi buktikan aura mereka masih kuat bila tiket konsert ulang tahun ke-20 habis terjual dalam masa singkat.
Vokalis utama, Noh Salleh atau lebih dikenali sebagai Noh Hujan, sempat ucap terima kasih kepada peminat setia mereka, ‘Raingers’, yang tak pernah berhenti menyokong sejak dulu lagi.
Teruskan Membaca“Syukur Alhamdulillah… terima kasih Raingers! Jumpa anda semua pada 27 Jun ini, jom kita riot!” katanya menerusi video di Instagram.
Konsert istimewa ini akan berlangsung pada 27 Jun 2026, jam 8.30 malam di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Confirm akan jadi malam penuh energi dengan ribuan peminat berkumpul sama-sama celebrate 20 tahun perjalanan muzik mereka.
Dibawakan oleh ICON Entertainment, konsert ini dijangka jadi antara event paling padu tahun ini.
Apa pun, sold out ni memang bukti jelas, Hujan masih lagi relevan dan terus jadi pilihan hati peminat muzik tempatan
















