Pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman kini sedang menghitung hari untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka yang dijangka lahir pada bulan ini.
Menurut Fattah, dia kini lebih berhati-hati dalam menerima tawaran kerja dan hanya mengambil job sekitar Kuala Lumpur serta Selangor bagi memastikan dirinya sentiasa berada dekat dengan Amira.
Teruskan Membaca“Sekarang saya hanya terima tawaran kerja di Kuala Lumpur dan Selangor sahaja, termasuk untuk bulan depan,” katanya.
Dalam masa sama, pelakon itu mengakui tetap berasa gementar menantikan kelahiran anak walaupun sudah mempunyai pengalaman bergelar bapa sebelum ini.
“Sejujurnya saya memang berdebar. Walaupun ini bukan pengalaman pertama, setiap kehamilan dan proses bersalin berbeza. Saya sendiri tak dapat jangka bagaimana keadaannya kali ini.
“Kadang-kadang bila Mira mengalami kontraksi, saya mula risau dan tertanya-tanya sama ada itu petanda dia akan bersalin. Ada masanya kami terus hubungi doktor kerana tak mahu membuat andaian sendiri,” ujarnya.
Fattah turut berharap segala urusan isterinya untuk melahirkan bayi mereka dipermudahkan dan meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat keluarga mereka.
Sementara itu, Fattah mendedahkan mereka sebenarnya sudah mengetahui jantina bayi yang bakal dilahirkan, namun memilih untuk merahsiakannya terlebih dahulu dan hanya akan berkongsi berita tersebut selepas kelahiran nanti.
















