KUALA LUMPUR – Bila kerja bagus, kerajaan tak duduk diam!
Atas prestasi cemerlang Pasukan Polis, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Berhad akan dibantu dengan mengurangkan beban hutang UNIKOP, tapi bukan dengan lupus habis-habisan sebaliknya melalui potongan munasabah.
Teruskan MembacaSegalanya bermula selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mohon agar hutang sewaan premis Kolej UNIKOP Cyberjaya kepada Cyberview Sdn Bhd bagi tahun 2024 dihapus kira.
Tapi Anwar ada pendekatan tersendiri.
“Saya tak setuju lupus semua hutang. Tapi bila tengok prestasi koperasi makin baik, kita boleh bagi potongan munasabah,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi PDRM Berhad ke-90.
Bukan bagi duit terus, tapi bagi projek!
Anwar juga kongsi cara kerajaan nak bantu lebih jauh bukan bagi bantuan tunai semata-mata, tapi salur projek terus kepada koperasi.
“Kalau ada projek boleh bantu 100,000 anggota polis, saya jamin kita akan pertimbang. Tahun ni saja, insya-Allah dua ke tiga projek kita akan luluskan untuk koperasi,”katanya
Tambahnya lagi, Koperasi PDRM perlu kemuka laporan lengkap kepada Kementerian Dalam Negeri dan dirinya sendiri, sambil Kementerian Kewangan diarahkan cari solusi jangka panjang untuk beban hutang lapuk.
Disiplin tinggi, kerja kuat = sokongan penuh
Anwar tak lupa puji kerja keras koperasi yang semakin menyerlah.
“Saya tegas, tapi saya hargai disiplin tinggi dan prestasi mantap. Kalau semua dipenuhi, tak ada masalah nak beri sokongan penuh,”jelasnya.
Dalam majlis sama, Anwar turut menyerahkan pampasan insurans kepada sembilan waris anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas jalan raya di Teluk Intan, Perak baru-baru ini.
Sikap prihatin kerajaan terhadap pasukan keselamatan dan keluarga mereka sekali lagi jadi bukti bahawa jasa tak pernah dilupakan.
—
#PrestasiPolisPower #UNIKOP #KoperasiPDRM #AnwarIbrahim #KerajaanPrihatin #PolisCemerlang #SupportBlue