PUTRAJAYA – Kerajaan beri jaminan bahawa pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan akan ikut sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan.
Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, isu ini dah dibincang dalam mesyuarat Kabinet kerana ramai rakyat mula risau tentang proses pelantikan hakim tertinggi negara.
Teruskan MembacaBuat masa ini, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim akan memangku tugas sebagai Ketua Hakim Negara.
Ini berdasarkan Perkara 131A Perlembagaan Persekutuan dan Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Dalam pada itu, Azlina menegaskan bahawa sistem kehakiman mesti kekal bebas.
“Kerajaan MADANI komited jaga kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman. Kita mahu proses yang telus, bebas dan ikut undang-undang,”tegasnya.
Beliau juga minta semua pihak supaya: memberi ruang kepada proses pelantikan-:
✅ Elak tekanan politik atau spekulasi
✅ Hormati kedaulatan undang-undang
Kerajaan MADANI mahu rakyat yakin bahawa keadilan dan integriti institusi kehakiman tetap jadi keutamaan.
Pelantikan baharu akan dibuat secara berperlembagaan, bukan ikut tekanan politik.