“TARIK BAJU, HISAP PAYUDARA!” – TUKANG CUCI DIDAKWA CEROBOH RAKAN KERJA DALAM BILIK REHAT KILANG!
Tak masuk akal tapi benar-benar berlaku!
Teruskan MembacaSeorang lelaki berusia 40 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci kini berdepan tuduhan serius selepas didakwa menarik baju dalam dan menghisap payudara rakan sekerjanya di sebuah kilang di Simpang Ampat, Melaka.
Lebih mengejutkan, mangsa baru berusia 21 tahun dan kejadian dikatakan berlaku dalam bilik rehat kilang pada waktu petang.
Memetik laporan Malaysia Gazette, lekaki berkenaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Gajah.
Pertuduhan dikenakan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu pertuduhan sangat berat dimana boleh kena penjara sampai 10 tahun, denda, atau sebat jika bersalah.
Pihak pendakwa kemudian minta jaminan RM15,000, namun peguam minta kurang tertuduh ada tanggungan dan hanya kerja biasa.
Akhirnya, mahkamah bagi jaminan RM10,000, dengan syarat tidak boleh kacau saksi dan perlu lapor diri sebulan sekali.