Pengasas eHati dan Empat Individu Lain Dibawa ke Mahkamah untuk Permohonan Reman

Enam individu termasuk pasangan pengasas eHati menarik perhatian lensa kamera apabila mereka tiba di Mahkamah Majistret Shah Alam sekitar jam 10 pagi ini.

Semua suspek dibawa masuk ke galeri mahkamah kira-kira satu jam kemudian di bawah kawalan ketat anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah. Menurut laporan Kosmo, kehadiran mereka adalah bagi proses permohonan reman yang dijalankan di hadapan Majistret Ameera Mastura Khamis.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?