PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Jeneral Xu Xueqiang, Menteri Pembangunan Peralatan dari Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China.
Teruskan MembacaPertemuan yang berlangsung pagi tadi sebenarnya bukan sekadar lawatan biasa, ia jadi platform penting untuk bincang hal keselamatan dan kerjasama strategik antara Malaysia dan China.
Dalam satu perkongsian di Facebook, PM Anwar cakap yang Malaysia sangat menghargai kerjasama rapat dengan China, terutamanya dalam bab latihan bersama dan teknologi pertahanan.
Beliau juga puji peranan aktif China dalam bantu selesaikan isu-isu besar di rantau ini.
“China banyak main peranan positif, termasuk usaha untuk gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand, dan tak lupa juga sokongan mereka dalam menangani krisis kemanusiaan di Myanmar,” kata PM Anwar.
Yang menariknya, PM Anwar turut luahkan harapan untuk jumpa Presiden Xi Jinping dan Premier Li Qiang dalam masa terdekat.
“Saya hormat sangat kepimpinan tertinggi China, dan harap dapat bertemu dengan mereka awal bulan depan,” tambahnya.
Nampaknya hubungan Malaysia-China makin kukuh, dan kita boleh jangka lebih banyak kerjasama best akan datang, bukan setakat dalam bidang keselamatan je, tapi mungkin juga teknologi dan pembangunan.