PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sahkan siasatan terhadap aset bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih lagi berjalan.
Teruskan MembacaKetua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya kini tengah dapatkan maklumat terperinci daripada pihak berkuasa di United Kingdom (UK) untuk melengkapkan siasatan.
“Siasatan terhadap Tun Dr Mahathir masih diteruskan dan SPRM kini sedang berhubung dengan pihak berkuasa UK bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai aset-aset yang dimiliki.
“Kalau maklumat tu dah diperoleh, kita akan maklumkan kepada umum,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM, hari ini.
Perkara ini menjadi perhatian selepas pendedahan media baru-baru ni, bila dua anak Dr Mahathir, Tan Sri Mokhzani Mahathir dan Mirzan Mahathir dilaporkan mengisytiharkan aset lebih RM1.2 bilion kepada SPRM.
Mokhzani didakwa mempunyai aset sekitar RM1 bilion, manakala Mirzan pula sebanyak RM246.2 juta.
Pengisytiharan tu termasuk pegangan saham, pelbagai aset lain serta kepentingan dalam perniagaan.