BANGKOK: Cubaan menyeludup 450,000 biji pil Yaba bernilai kira-kira RM1.8 juta ke Malaysia melalui perkhidmatan kurier berjaya dipatahkan pihak berkuasa Thailand pada Jumaat.
Teruskan MembacaMedia tempatan melaporkan, serbuan dilakukan sekitar jam 3 petang di sebuah hab kurier di Sai Thong, Sungai Golok selepas pihak berkuasa menerima maklumat risikan mengenai penghantaran dadah berskala besar.
Pengerusi Pusat Pentadbiran Narkotik Sungai Golok, Supeeyan Daemokleng, berkata pasukan pemantau sudah berada di lokasi sejak awal pagi untuk menunggu individu yang akan mengambil bungkusan tersebut. Namun, tiada siapa hadir dan dadah berkenaan terus dirampas.
Operasi ini dilaksanakan dengan kerjasama pihak daerah, agensi antidadah, sukarelawan tempatan serta unit khas Biro Pencegahan Narkotik Thailand.
Siasatan awal mendapati dadah itu berasal dari wilayah utara Thailand dan dipercayai untuk diseludup ke Malaysia, termasuk pasaran Kelantan.
Kesemua pil Yaba yang dirampas kini diserahkan kepada Polis Sungai Golok untuk siasatan lanjut.