KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya semak balik butiran pada MyKad dan lesen memandu masing-masing untuk pastikan tak timbul masalah bila sistem subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dilaksanakan sepenuhnya esok.
Teruskan MembacaMenurut Kementerian Kewangan (MoF), hasil semakan bersama Kementerian Pengangkutan (MoT) mendapati ada lesen memandu yang masih pakai nombor lama, macam nombor polis, nombor tentera atau kad pengenalan lama, yang tak sepadan dengan format MyKad 12 digit sekarang.
“Selain pastikan lesen masih sah, nombor MyKad 12 digit kena direkod dengan betul, nama pemegang lesen tepat, dan kelas serta jenis kenderaan juga mesti betul. Semua ni penting sebab maklumat lesen akan disemak silang dengan MyKad melalui terminal di stesen minyak untuk sahkan kelayakan subsidi,” jelas kenyataan MoF.
Kalau ada maklumat yang tak sama, orang ramai diminta kemas kini di pejabat JPJ. MoF juga maklumkan penyelarasan data antara dua kementerian ni akan dibuat setiap minggu supaya pengguna tak hadapi masalah nak nikmati harga subsidi BUDI95.
Dalam perkembangan lain, pelaksanaan hari kedua BUDI95 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berjalan lancar. Setakat 28 September, hampir 500,000 daripada 6.1 juta penerima STR termasuk anggota tentera dan polis dah guna sistem ni di stesen minyak seluruh negara.
“Sebanyak RM22.9 juta pembelian direkodkan, bersamaan 11.5 juta liter petrol RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter,” tambah kenyataan itu.
Bermula 30 September, sistem ni akan diperluas kepada semua 16 juta rakyat Malaysia yang ada MyKad dan lesen memandu aktif. Sejak portal BUDI95 dibuka pada 25 September, seramai 8.6 juta pengguna dah buat semakan kelayakan. Portal itu kini siap ada fungsi semakan sejarah transaksi yang boleh diakses dengan MyDigital ID.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.budimadani.gov.my atau hubungi talian bantuan 1-300-88-9595.