PETALING JAYA: Pelawak & usahawan, Shuib Sepahtu, baru-baru ini meluahkan kesedihan melihat anak perempuannya, Thalita, yang terpaksa memulakan latihan vokal walau belum pulih sepenuhnya selepas dijangkiti influenza.
Teruskan MembacaMenurut Shuib, Thalita masih mengalami masalah pernafasan dan suaranya kerap “crack” ketika berlatih.
“Maafkan daddy letakkan awak dalam situasi begini di usia yang masih terlalu muda. Suara masih lagi crack dan dada sempit, susah untuk bernafas,” katanya.
Dalam video yang dikongsi di TikTok, jelas kelihatan guru vokal, Cikgu Shafi, beberapa kali mengusap dada dan belakang Thalita untuk membantu proses latihan.
Walau situasi agak mencabar, Shuib tetap memberi semangat kepada anaknya agar terus tabah. Beliau meminta Thalita percaya dengan rezeki yang tertulis dan memohon agar orang ramai tidak cepat menuding jari atau mengecam usaha mereka.
“InsyaAllah sabar sayang, dugaan untuk kita. Cuma percaya pada proses, perjalanan kita jauh lagI. Daddy selalu ada sampai daddy tutup mata. Awak boleh buat!” katanya.
Isu ini menjadi perhatian ramai kerana sebelum ini wujud kritikan apabila Shuib dan Thalita layak ke Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) walaupun tidak turun ke pentas akhir.