BANGKOK: Miss Universe Organization (MUO) tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa mereka terlibat dengan acara yang kini tular di media sosial dikenali sebagai “Special Dinner & Talk Show” atau Majlis Makan Malam Istimewa & Bual Bicara.
Teruskan MembacaMenurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan dari New York dan Bangkok, MUO menjelaskan acara itu langsung tak pernah mendapat kebenaran rasmi daripada pihak mereka. Malah, penggunaan nama, logo dan jenama Miss Universe tanpa kebenaran dianggap sebagai melanggar hak harta intelek serta mencemar reputasi jenama antarabangsa tersebut.
“Aktiviti ini bukan di bawah kelulusan kami. Penggunaan nama dan penjenamaan Miss Universe tanpa kebenaran adalah satu kesalahan serius,” tegas kenyataan itu.
MUO juga mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan sebarang promosi, pertandingan atau undianyang dikaitkan dengan acara tersebut kerana semuanya tidak sah dan boleh mengelirukan peminat Miss Universe di seluruh dunia.
“Kami ingin jelaskan, segala inisiatif atau promosi yang sedang tular itu langsung tidak menggambarkan nilai, operasi atau standard Miss Universe Organization. Ia boleh menjejaskan imej dan kepercayaan terhadap jenama kami,” katanya lagi.
Sebagai langkah berjaga-jaga, MUO turut menegaskan bahawa mereka tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati menggunakan nama, logo atau imej Miss Universe tanpa kebenaran.
“Kami akan pastikan hak, imej dan reputasi Miss Universe terus dilindungi, selain menjaga keselamatan serta kepercayaan komuniti global kami,” tambahnya.
MUO turut menegaskan komitmen mereka untuk kekal telus, profesional dan berintegriti, sambil melindungi wakil negara peserta, rakan penaja serta peminat daripada apa-apa aktiviti yang boleh menimbulkan kekeliruan atau menjejaskan nama baik Miss Universe.
Pendek kata, kalau ada majlis yang guna nama Miss Universe tanpa pengumuman rasmi daripada MUO, confirm bukan acara sebenar.















