Primadona kesayangan ramai, Erra Fazira, akhirnya sah bergelar isteri kepada usahawan Ezwan Zain (atau lebih dikenali sebagai Mr. E) dalam satu majlis pernikahan tertutup yang berlangsung pagi tadi.
Teruskan MembacaMajlis yang diadakan di Rinjani Majestic, Kg Melayu Subang itu memang simple, tapi tetap nampak classy dan penuh moment sweet. Antara highlight paling mencuri perhatian sudah tentu mas kahwin unik berupa sepokok bunga emas seberat 102 gram. Lain daripada yang lain! Ramai yang kata ini memang style Mr. E, ringkas tapi ada nilai sentimental yang besar.
Turut menjadi tumpuan, hantaran perkahwinan yang dihias cantik dalam talam iaitu, persalinan emas, beg tangan, jam tangan dan kasut. Semuanya disusun kemas, matching pula dengan tema majlis yang intimate dan eksklusif.
Pernikahan ini disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan MAIS, Mohd Sabirin bin Noordin, dan detik itu disaksikan dengan penuh rasa syukur dan senyuman oleh ahli keluarga yang hadir.
Selepas lebih sedekad Erra hidup solo, berita bahagia ini memang buat ramai peminat terharu dan happy melihat Erra akhirnya bertemu pasangan yang melengkapi hidupnya.
Tahniah Erra Fazira & Ezwan Zain! Moga perjalanan baharu ini dipenuhi cinta, ketenangan dan kebahagiaan sampai bila-bila!
















