Pelakon terkenal Emma Maembong akhirnya tampil bersuara selepas tular dakwaan kononnya dia dilihat berada di sebuah kelab malam baru-baru ini, sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen.
Teruskan MembacaMengulas perkara itu, Emma menjelaskan kehadirannya ke kelab malam berkenaan bukanlah untuk berhibur seperti yang disangka ramai, sebaliknya hanya mahu menyaksikan rakan baiknya, DJ Kidd, membuat persembahan ‘spin’.
Menurut Emma, dia tidak melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang perlu disorokkan atau diperbesarkan, malah mengakui dirinya hadir secara terbuka tanpa sebarang niat tersembunyi.
Katanya lagi, kehadiran itu hanyalah untuk memberi sokongan kepada rakan dan bukannya terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti yang cuba digambarkan oleh sesetengah pihak.
“Saya tak menyorok, memang masuk depan-depan. Saya datang sebab nak tengok DJ Kidd spin, itu saja,” jelasnya.
Walaupun begitu, Emma mengakui memahami pandangan masyarakat yang mungkin mempunyai persepsi berbeza, namun berharap orang ramai tidak cepat membuat andaian tanpa mengetahui cerita sebenar.
Isu tersebut menjadi bualan selepas beberapa gambar dan video tersebar di media sosial, sekali gus mengundang komen pro dan kontra daripada netizen.
Apa pun, Emma dilihat kekal tenang dan tidak melatah, selain menegaskan dirinya tahu batas sebagai seorang selebriti dan ibu.
















